Saturday 18 February 2012

Kitaran Haid dan Waktu Subur

Sumber (copy): Klik di sini
 
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.Anda perlu memahami fasa ini.

Fasa Kitaran Haid


Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. (**p/s: Kajian menunjukkan peratusan kehamilan bagi wanita yang hanya menumpukan pada waktu subur adalah lebih rendah berbanding wanita yang "berusaha" dengan lebih kerap)


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

BAGAIMANA MENGIRA KITARAN HAID ANDA?

Sumber (copy): Klik di sini


28hb January 2010 (tarikh datang  period)
3hb February 2010 (tarikh habis period)

So bermula daripada 3hb February 2010, jika period cycle anda:

21,22,23,24,25,26,27, ATAU 28 HARI, di situ sudah nampak, tidak bermakna anda akan mendapat tarikh yang sama pada bulan March untuk datang bulan. Contohnya:

Jika period cycle anda 21 hari, bermakna tarikh anda akan datang period  ialah  25th February 2010. ramai orang berpendapat mereka datang bulan sampai 2 kali sebulan. Tetapi sebenarnya itu adalah cycle atau putaran kitaran haid mereka.

Jika period cycle anda 22 hari,  bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 26th February 2010.

Jika period cycle anda 23 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 27th February 2010.
Jika period cycle anda 24 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 28th February 2010.

Jika period cycle anda 25 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 1st March 2010.

Jika period cycle anda 26 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 2nd March 2010.

Jika period cycle anda 27 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 3rd March 2010.

Jika period cycle anda 28 hari, bermakna tarikh period anda seterusnya ialah 4th March 2010.

See…? Adakah sama tarikh anda akan datang period tu pada bulan lepas?


Jadi anda perlu mengenal pasti berapa sebenarnya cycle period anda. Bukan main suke hati je letak fixed date untuk period anda.. Lepas tu binggung kata bulan ni datang period lambat laa… cepat laa… tak datang period laaa(hehehe ini maksud you mengandung!)

1 comment:

  1. Perkongsian oleh rakan B2B dari medical school:
    "sekadar ingin berkongsi dengan ilmu yang dipelajari di medical school.
    1) hari 1st dikira dari hari pertama period
    2)setiap bulan akan berlaku ovulasi.kalo ada hubungan tepat pada waktu, akan ada persenyawaan dan jadi anak.jika tidak, telor (ovum) mati dan keluar dalam haid
    3)cara ni hanya valid bagi orang yang tetap kitaran haidnya.
    4)kalo nak pregnant, buat pada hari ke 12, 13,14, 15, 16. kerana sperma (lelaki) tahan 48 jam dan ovum (wanita) tahan 24 jam.jika taknak pregnant, sila ELAK dari melakukan pada hari berkenaan.
    5)nak lagi tepat, boleh pakai cara 'body basal temperature'.boleh beli kat pharmacy..kaedah lanjut akan diterangkan oleh pharmacy."

    ReplyDelete